PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN KOPSIS DAERAH SEGAMAT
FASAL 1 NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN KOPSIS DAERAH SEGAMAT
Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama : PERSATUAN PEMBANTU OPERASI, PEMBANTU AWAM, PENGAWAL KESELAMATAN DAN PEMANDU PENDIDIKAN
DAERAH SEGAMAT
3. Bertaraf : Negeri
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
D/A SMK JEMENTAH, KM23, JALAN MUAR
85200 JEMENTAH
JOHOR
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
D/A SMK LKTP PEMANIS, PETI SURAT 67
85007 SEGAMAT
JOHOR
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa
ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak
boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
1. Merancang dan meningkatkan taraf perkhidmatan dikalangan ahli-ahli
kopsis
2. Meningkatkan mutu berkhidmatan serta produktif ditempat kerja
dengan penuh tanggungjawab, jujur dan cekap
3. Menjalinkan hubungan silatulrahim dikalangan ahli-ahli kopsis bagi melahirkan buah fikiran yang membina
4. Tiada
FASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Johor
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu
Tiada
C. Ahli Kehormat
Tiada
D. Ahli Seumur Hidup
TIADA
E. Ahli Remaja
Tiada
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong
oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan
itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang
tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti
yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia
sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah
memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan
menjelaskan segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau
bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat
atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah
oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian
ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan
atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi
peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran masuk :
RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
2. Yuran :
RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih
dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM Tidak Berkenaan
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun
akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi
tiga (3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli
Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah
menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang
tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya
ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima
sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah
diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan
pertubuhan.
4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan
ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih
dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah
hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan
mencukupi korum untuk mesyuarat.
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu
tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan
jika korum
tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang
hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan
dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir
pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda
Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika
berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat
itu.
4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli
sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda
mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta
penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen
ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat
urusan
Pertubuhan.
5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari
satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan
pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat itu.
7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas,
tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari
tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan
minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3
bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap
tahun.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja
harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai
perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya
dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam
setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa
7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah
(1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran
surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di
dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga
kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan
jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian
tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik
ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan
pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan
mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen
Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata
Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran
tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi
Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat
bila ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya
.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan
mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku
akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli
yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama,
tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan
dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua
mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan
kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata
kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan
serta kunci kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam
menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini
wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran,
bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang
bergaji serta upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM
200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang
lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank
atas nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan
hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang
Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia
Tiga Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan
terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM
5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan
RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan
ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang
telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan
untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap
salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu
bermula dari 1 Oktober .
FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang
jawatan selama satu tahun boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan
bagi satu tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan.
Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata
kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama
Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap
sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan
punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang
pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan
melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri
dengan meteri Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik
balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh
memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan
dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap
ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang
layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik
itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah
Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan
apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta
Kesatuan Pekerja1959.
3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan
kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa
atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta
Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil
dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh
digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada
mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.
6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat
Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai
daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan
tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di
atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
Keterangan
1.BENTUK TIGA SEGI BERMAKSUD PENYATUAN EMPAT JAWATAN YANG TERLIBAT
2.WARNA MERAH DAN PUTIH MELAMBANGKAN BENDERA DAERAH SEGAMAT
3.BULATAN MELAMBANGKAN SILATULRAHIM DAN SEMANGAT BERPASUKAN DIANTARA AHLI-AHLI
4."KOPSIS" BERMAKSUD PERSATUAN PEMBANTU OPERASI PEMBANTU AWAM PENGAWAL KESELAMATAN DAN PEMANDU PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT
5.WARNA BIRU TUA DAN BIRU MUDA MELAMBANGKAN WARNA UNIFORM RASMI AHLI
3. Lencana
-
Keterangan
-